Saturday, July 23, 2011

-

Buah hati, kau dengar sini.

Terima kasih untuk itu ini dan segalanya.
Dalam sejuta orang macam kau hanya ada satu. Iaitu milik aku. Terima kasih Tuhan.
Tapi tidak lagi sekarang.
Kau yang pergi dengan sendiri.
Pergi jauh dari dunia.


Tak pernah kau bikin aku sedih sesedih hari kejadian.


360 hari yang masih terlekat dalam kepala. Sampai mati.
Semua anggap hubungan kita biasa-biasa. Tapi tidak bagi aku. Kita tak sweet macam orang lain. Guna kau/aku je.
Semua anggap perasaan aku remeh dan benda kecil yang tak pernah kesah hilang kau. 
Semua tak tahu perasaan aku macam mana bila hilang kau.

360 hari. Bagai mimpi. Rasa sebentar.
Terima kasih kerana pernah letak aku untuk menjadi separuh dari kau.
Terima kasih kerana kau pernah menganggap aku yang terindah dalam hidup kau. Mungkin.
Terima kasih untuk semuanya.

Hari ni, genap setahun. Kau tinggalkan dunia.